(c) Semua rujukan terhadap peruntukan-peruntukan dalam apa-apa Akta,
Peraturan-peraturan, Kaedah-kaedah, Enakmen, Ordinan, Undang-undang,
Undang-undang kecil, Perintah, Arahan Keselamatan Kerajaan, Arahan dan Surat
Pekeliling Perkhidmatan, Arahan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan dan lain-
lain Arahan Kerajaan hendaklah termasuk peruntukan yang dipinda, dipotong,
digantikan, diubah, dicetak semula atau digubal semula;
(d) Penyataan “terma dan syarat ” atau penyataan lain yang memberi maksud yang
sama hendaklah mengandungi klausa yang terkandung dalam dokumen terma dan
syarat ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau
modifikasi dan terma dan syarat tambahan secara bertulis padanya;
(e) Perkataan “termasuk’ hendaklah memberikan makna atau tafsiran apa-apa
perkara lain berkenaan dengan perjanjian atau skop perkhidmatan selain daripada
perkara-perkara yang dinyatakan selepas perkataan itu dan perkara-perkara yang
dinyatakan selepas perkataan itu adalah antara atau sebahagian dari contoh-
contoh mengikut mana yang berkenaan;
(f) Perkataan ‘undang-undang’ ertinya mana-mana undang-undang bertulis semasa
Akan Datang dan apa-apa Perlembagaan, Akta, Ordinan, Enakmen, Peraturan-
peraturan, perintah, Kaedah-kaedah, Undang-undang kecil atau Arahanyang
dipinda dari semasa ke semasa;
(g) Perkataan “secara bertulis” ertinya suatu arahan suratan dalam bentuk bertulis
yang diberikan, dikemukakan atau diserahkan secara rasmi antara pihak-pihak;
(h) Tajuk kepada mana-mana klausa atau fasal dalam perjanjian ini adalah sebagai
rujukan dan kemudahan sahaja dan tidak memberikan apa-apa kesan kepada
tafsiran dan pengertian klausa atau fasal tersebut; dan
(i) Apa-apa istilah teknikal yang tidak ditakrifkan dalam terma dan syarat ini hendaklah
ditafsirkan mengikut penggunaan atau takrif yang biasa digunakan dalam industri
atau profession yang berkenaan.
2 Pengenalan
2.1 Platform eDND merupakan platform dalam talian rasmi yang disediakan oleh
Kelantan Gold Trade (KGT) bagi membolehkan pelanggan melaksanakan transaksi
produk KGT secara digital. Platform ini menawarkan fasiliti menyeluruh merangkumi
pembelian emas dan perak dalam kuantiti gram, dinar, dan dirham, khidmat
pembelian/pemilikan aset dan prasarana penyimpanan aset, kemudahan pelupusan