Last updated: 6 Julai 2026
Effective date: 19 Julai 2026
TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT
Eletronik Dinar & Dirham - Ednd
Anda telah memilih untuk mengaktifkan akses anda kepada perkhidmatan jual beli dan transaksi aset emas dan perak dalam talian ednd.my. Sila luangkan masa untuk membaca terma-terma dan syarat-syarat dengan teliti sebelum menekan butang BERSETUJU untuk menunjukkan bahawa anda telah membaca dan bahawa anda telah bersetuju kepada terma-terma dan syarat-syarat pendaftaran dan penggunaan perkhidmatan jual beli dan transaksi aset emas dan perak dalam talian ednd.my.
Terma dan syarat ini adalah terpakai dan mengikat antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd ( No Syarikat 200901035151- 836491T ) dan anda sebagai pemegang akaun elektronik dinar dirham ( selepas ini dirujuk ednd.my). Dengan mendaftar, mengaktif dan mengakses platfrom ini anda adalah telah bersetuju dan menerima terma dan syarat tersebut dan apa-apa perubahan selanjutnya terhadapnya.
1 Definasi & Tafsiran
1.1 Definisi
"KGT" merujuk kepada Kelantan Gold Trade, syarikat yang diperbadankan dibawah akta syarikat 2016, didaftarkan pada 28 Oktober 2008, beralamat di Ting 3, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai, 15050, Kota Bharu Kelantan
"ednd.my" merujuk kepada nama platform dalam talian menyediakan perkhidmatan jual, beli, simpanan produk KGT dikendalikan operasinya oleh pihak KGT.
"JSPP" merujuk jawatankuasa syariah & pembangunan perniagaan KGT
"ALP" merujuk kepada Ahli Lembaga pengarah KGT
"Peraturan & Undang-undang" bermaksud semua undang-undang, peraturan yang berkuatkuasa termasuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah (akta Malaysian Anti-corruption commission Act 2009 serta akta berkaitan, penipuan, pengubahan wang haram, pembiayaian anti terorisme dan hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang.
"Bank" merujuk institusi perbankan dan kewangan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia / Kerajaan Malaysia samada milik anda atau KGT.
"Pihak Berkuasa" merangkumi agensi Kerajaan Malaysia atau pihak berkuasa lain yang berkanun samada tempatan atau antarabangsa.
"Arahan Pihak Berkuasa" bermaksud merujuk arahan, perintah, atau pekeliling yang dikeluarkan oleh badan yang mempunyai kuasa undang-undang atau eksekutif (seperti mahkamah, kementerian, kerajaan tempatan, atau jabatan kerajaan).
"Mahkamah" merujuk kepada badan atau institusi rasmi yang diberikan kuasa oleh undang-undang untuk mentafsirkan undang-undang, mendengar pertikaian, dan menjatuhkan hukuman atau keadilan.
"Pindaan" merujuk kepada perubahan, pengubahsuaian, penambahan, atau pemotongan yang dilakukan ke atas sesuatu terma dan syarat bagi platfrom ednd.my
"Hari & Waktu Perniagaan" merujuk kepada waktu dan operasi pejabat KGT iaitu Ahad – Khamis ( 9.00 Pagi – 4.30 petang ) Tidak termasuk cuti umum dan cuti pelepasan am.
"Masa transaksi" merujuk tempoh waktu akses didalam platfrom ednd.my secara 24 jam setiap hari tertakluk kepada penyelenggaraan web/ platfrom dan masalah teknikal.
"Perkhidmatan kewangan" merujuk kepada perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh industri kewangan yang merangkumi pelbagai jenis urusan mengurus, menyimpan, melabur, meminjam atau melindungi wang (wang tunai mahupun aset kewangan) yang berdaftar dibawah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ( SC).
"Pelaburan" merujuk kepada apa-apa produk pelaburan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
"Platfrom digital" merujuk kepada platform ednd.my yang diuruskan oleh KGT untuk menyediakan kemudahan transaksi pengurusan aset simpanan kepada pengguna.
"Al-Wakalah" merujuk kepada pelantikan KGT sebagai wakil bagi menguruskan dan mengendalikan transaksi di dalam platfrom ednd.my.
"Pengguna/pelanggan" merujuk kepada individu/syarikat/persatuan/koperasi yang mendaftar di dalam platfrom ednd.my dan menyerahkan maklumat peribadi bagi diproses sebagai pengguna akaun tertakluk kepada akta pdpa.
"Akaun" merujuk kepada akaun yang didaftarkan oleh pengguna di dalam platfrom ednd.my bagi menjalankan transaksi yang disediakan didalam platform
"Aset" merujuk kepada aset emas dan perak merangkumi dinar emas 917, emas 999.9 dan dirham perak 999 di dalam platfrom ednd.my
"Produk" merujuk kepada produk emas dan perak fizikal KGT yang tersedia boleh dikeluarkan daripada aset simpanan di platform ednd.my merangkumi pelbagai denominasi dinar emas 917, Dirham Perak 999 dan Emas 999.9 sebagaimana lampiran 1
"Kontrak" merujuk kepada satu ikatan perjanjian di antara pengguna platfrom dan KGT dalam menggunakan platfrom.
"Pembelian" merujuk kepada transaksi pelanggan membeli produk KGT melalui platfrom ednd.my
"Jualan balik" merujuk kepada transaksi jualan balik aset oleh pengguna di dalam platform KGT tertakluk kepada harga selisih yang telah ditentukan oleh KGT
"Penukaran" merujuk kepada proses penukaran antara aset perak kepada aset emas Dinar 917 atau Emas 999.9. Proses ini mempunyai caj dan kadar selisih harga sewaktu penukaran dilakukan.
"Pemindahan" merujuk kepada proses transaksi memindahkan aset individu diplatfrom kepada indvidu lain. Semua aset didalam platform boleh dipindahkan oleh pemilik aset asal kepada pemilik baru aset tersebut.
"Pengeluaran" merujuk kepada proses pengeluaran produk daripada akaun aset di dalam platform KGT.
"Waris" secara umumnya merujuk kepada orang yang berhak menerima harta peninggalan (harta pusaka) seseorang yang telah meninggal dunia.
"Kad pengenalan diri" merujuk Kad Pengenalan Malaysia atau passport antarabangsa yang sah diterima oleh Kerajaan Malaysia.
"kanak-kanak" merujuk kepada individu yang berumur 18 tahun kebawah mengikut akta umur dewasa 1971 (akta 21).
"Had Transaksi" merujuk kepada had melakukan transaksi pembelian tertakluk kepada had pemegang kad bank penguna masing-masing dan had perkhidmatan gerbang bayaran platfrom.
"Matawang" merujuk kepada matawang yang diterima didalam platfrom bagi transaksi belian dan jualan balik.
"Maklumat keselamatan" merangkumi PIN keselematan, kata laluan, kod keselamatan dan lain-lain maklumat keselamatan yang digunakan didalam platfrom ednd.my
"SMS" bermaksud sistem pesanan ringkas
"Email" bermaksud eletronik mel bagi menghantar dan menerima mesej maklumat berkaitan pengunaan ednd.my
"Harga semasa" adalah paparan harga semasa di dalam platfrom KGT.
"Harga selisih" merujuk kepada kadar yang dikenakan kepada pengguna apabila menjual kembali aset kepada KGT atau melakukan proses penukaran aset perak kepada emas di dalam platfrom.
"PDPA" merujuk pada Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan berdasarkannya.
"Wang Tidak dituntut" merujuk kepada satu jumlah tunai setelah proses pembelian balik aset oleh KGT disebabkan pemegang akaun sudah tidak aktif akaun dan tiada maklumat berkaitan bank pengguna.
"Peti Keselamatan" merujuk kepada Bilik Kebal Simpanan KGT atau wakil KGT yang dilindungi pelindungan insuran/takaful bagi menjamin keselamatan aset simpanan pelanggan KGT dan disahkan kewujudkan aset oleh JSPP KGT, Jabatan Audit Dalaman PMBK dan agensi berkaitan yang diberikan kuasa oleh ALP KGT.
1.2 Tafsiran
(a) Apa-apa jadual, lampiran, apendiks, dokumen, nota atau penerangan yang dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi bertulis padanya hendaklah ditafsirkan dan dibaca sebagai sebahagian dari terma dan syarat ini;
(b) Rujukan kepada klausa atau fasal hendaklah bermaksud rujukan kepada Klausa-klausa atau fasal-fasal dalam terma dan syarat ini;
(c) Semua rujukan terhadap peruntukan-peruntukan dalam apa-apa Akta, Peraturan-peraturan, Kaedah-kaedah, Enakmen, Ordinan, Undang-undang, Undang-undang kecil, Perintah, Arahan Keselamatan Kerajaan, Arahan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan, Arahan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan dan lain-lain Arahan Kerajaan hendaklah termasuk peruntukan yang dipinda, dipotong, digantikan, diubah, dicetak semula atau digubal semula;
(d) Penyataan "terma dan syarat" atau penyataan lain yang memberi maksud yang sama hendaklah mengandungi klausa yang terkandung dalam dokumen terma dan syarat ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi dan terma dan syarat tambahan secara bertulis padanya;
(e) Perkataan "termasuk' hendaklah memberikan makna atau tafsiran apa-apa perkara lain berkenaan dengan perjanjian atau skop perkhidmatan selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan selepas perkataan itu dan perkara-perkara yang dinyatakan selepas perkataan itu adalah antara atau sebahagian dari contoh-contoh mengikut mana yang berkenaan;
(f) Perkataan 'undang-undang' ertinya mana-mana undang-undang bertulis semasa Akan Datang dan apa-apa Perlembagaan, Akta, Ordinan, Enakmen, Peraturan-peraturan, perintah, Kaedah-kaedah, Undang-undang kecil atau Arahan yang dipinda dari semasa ke semasa;
(g) Perkataan "secara bertulis" ertinya suatu arahan suratan dalam bentuk bertulis yang diberikan, dikemukakan atau diserahkan secara rasmi antara pihak-pihak;
(h) Tajuk kepada mana-mana klausa atau fasal dalam perjanjian ini adalah sebagai rujukan dan kemudahan sahaja dan tidak memberikan apa-apa kesan kepada tafsiran dan pengertian klausa atau fasal tersebut; dan
(i) Apa-apa istilah teknikal yang tidak ditakrifkan dalam terma dan syarat ini hendaklah ditafsirkan mengikut penggunaan atau takrif yang biasa digunakan dalam industri atau profession yang berkenaan.
2. Pengenalan
2.1 Platform eDND merupakan platform dalam talian rasmi yang disediakan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) bagi membolehkan pelanggan melaksanakan transaksi produk KGT secara digital. Platform ini menawarkan fasiliti menyeluruh merangkumi pembelian emas dan perak dalam kuantiti gram, dinar, dan dirham, khidmat pembelian/pemilikan aset dan prasarana penyimpanan aset, kemudahan pelupusan atau penjualan semula aset, penukaran aset perak kepada emas, serta pengeluaran dan penyerahan produk fizikal secara sah.
2.2 Platform ini tidak berfungsi sebagai perkhidmatan kewangan atau deposit sebagaimana perkhidmatan institusi kewangan, pelaburan dan perbankan.
2.3 Sebarang perubahan atau pindaan kepada Terma dan Syarat ini hendaklah dimaklumkan kepada pelanggan melalui laman sesawang rasmi KGT sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh kuat kuasa pindaan tersebut.
2.4 Kontrak dan struktur syariah
2.4.1 Wakalah merujuk kepada suatu kontrak di mana satu pihak, sebagai Pemilik (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejennya (wakil) untuk melakukan sesuatu tugas dalam perkara-perkara yang berkemungkinan diberikan, dengan atau tanpa pengenaan fi. Di bawah produk ini, KGT telah melantik kakitangan untuk menguruskan platform bagi tujuan jual/beli akaun dinar dirham ke/dari pelanggan bagi pihak KGT.
2.4.2 Bai` Sarf merujuk kepada penjualan mata wang. Secara teknikal, ia adalah penjualan wang untuk wang seperti penjualan emas untuk emas dan perak untuk perak. Di bawah kontrak Bai` Sarf, pelanggan akan membeli emas dan perak daripada pihak KGT di dalam bentuk emas, dinar dan dirham pada harga belian (dalam Ringgit Malaysia) di mana harga belian emas tersebut akan ditetapkan dan disebut oleh pihak KGT di bawah Harga Jualan dan pihak KGT akan membeli semula emas tersebut daripada pelanggan semasa jualan kembali pada harga jualan emas (dalam Ringgit Malaysia) di mana harga jualan akan ditentukan dan disebut oleh pihak KGT di bawah Harga Belian.
2.4.3 Wadi`ah merujuk kepada kontrak di mana aset diletakkan dengan pihak yang lain untuk disimpan dengan selamat. Dalam kontrak Wadi`ah, terdapat penjaga (wadi`); dan pendeposit simpanan (mudi`) bagi aset tersebut (secara kolektif dirujuk sebagai "pihak kontrak"). Mana-mana pihak bagi suatu kontrak Wadi'ah boleh memasuki kontrak Wadi'ah melalui ejen (wakil).
2.4.4 Wa`d merujuk kepada janji atau akujanji, merujuk kepada satu ungkapan terhadap komitmen yang diberikan oleh salah satu pihak kepada yang lain untuk melaksanakan sesuatu tindakan pada masa akan datang.
3. Pembukaan Akaun
3.1 Kaedah pembukaan akaun di platfrom melalui website ednd.my atau melalui aplikasi mobile dengan mengemukakan maklumat yang betul dan menaik muat kad pengenalan diri, email yang sah, maklumat bank bagi tujuan pengkreditan komisen (jika ada) dan transaksi jualan balik aset serta no telefon yang berdaftar bagi diproses sebagai pemegang akaun untuk pengesahan identiti (kyc). Semua maklumat diri anda adalah tertakluk kepada akta PDPA yang dilindungi dibawah peraturan-peraturan kerajaan Malaysia.
3.2 Pendaftaran akaun anda akan diproses sebelum diluluskan oleh KGT untuk akses kepada fasiliti ednd mengambil masa 3-5 hari waktu perniagaan KGT.
3.3 Pendaftaran satu akaun untuk satu nama/pemegang kad pengenalan diri.
3.4 Pelanggan dikehendaki melengkapkan butiran maklumat keselamatan selepas akaun diluluskan oleh KGT termasuk PIN keselamatan transaksi.
3.5 Setelah akaun ednd di luluskan dan diaktifkan, pengguna boleh melakukan transaksi di dalam platfrom.
3.6 Tiada baki minimum diperlukan di dalam akaun eDND bagi tujuan kekalkan aktif akaun.
3.7 KGT berhak untuk menutup mana-mana akaun yang tidak aktif (tiada sebarang transaksi) di dalam platform bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut. Sebarang baki akaun boleh dituntut daripada KGT dalam tempoh enam (6) bulan selepas akaun tersebut ditamatkan. Sekiranya tiada tuntutan dibuat oleh pemegang akaun dalam tempoh yang ditetapkan, baki aset akan dijual balik mengikut harga belian semasa KGT, dan hasil jualan tersebut akan diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.
4. Perakuan dan Jaminan Pelanggan
Dengan memasuki Terma dan Syarat ini, anda dengan ini mengaku dan menjamin kepada kami bahawa:
4.1 Kapasiti Undang-Undang dan Keupayaan
(a) Anda berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas, berfikiran waras, dan mempunyai kapasiti undang-undang penuh untuk bertindak bagi pihak diri sendiri; atau
(b) Anda adalah wakil yang sah dan diberi kuasa penuh untuk bertindak bagi pihak suatu pertubuhan berdaftar atau syarikat yang ditubuhkan secara sah di bawah undang-undang Kerajaan Malaysia.
4.2 Kuasa dan Kebenaran
Anda mempunyai hak penuh, kuasa, dan kebenaran mutlak untuk:
(a) Melaksanakan transaksi pembelian, penjualan, dan penebusan emas; dan
(b) Memasuki, melaksanakan hak, serta menyempurnakan segala tanggungjawab anda di bawah Terma dan Syarat ini.
4.3 Keperluan Perundangan dan Kelulusan
Semua tindakan, syarat, dan perkara yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan (termasuk pemerolehan apa-apa persetujuan, permit, atau kelulusan yang diperlukan) telah diambil, dipenuhi, dan dilaksanakan dengan sewajarnya bagi:
(a) Membolehkan anda memasuki dan melaksanakan hak anda secara sah; dan
(b) Memastikan bahawa segala obligasi anda di bawah Terma dan Syarat ini adalah sah, mengikat, dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang.
4.4 Tiada Pelanggaran Undang-Undang atau Kontrak
Kemasukan anda ke dalam Terma dan Syarat ini, serta pelaksanaan hak dan obligasi anda di bawahnya, tidak akan memungkiri atau melanggar:
(a) Mana-mana undang-undang, peraturan, atau perintah mahkamah yang tertakluk kepada anda;
(b) Mana-mana dokumen perlembagaan (seperti Memorandum & Artikel Persatuan/Perlembagaan Syarikat) sekiranya berkaitan; atau
(c) Mana-mana kontrak, perjanjian, atau terma dan syarat lain di mana anda merupakan satu pihak di dalamnya.
4.5 Tiada Litigasi atau Pertikaian Hukum
Tiada prosiding litigasi, timbang tara, tindakan undang-undang, atau prosiding pentadbiran yang sedang berjalan, belum selesai, diancam, atau dijangkakan terhadap anda, yang boleh:
(a) Menghalang, menjejaskan, atau melarang kemasukan, pelaksanaan, pematuhan, atau penguatkuasaan tanggungjawab anda di bawah Terma dan Syarat ini; atau
(b) Mempunyai kesan buruk yang ketara terhadap prestasi kewangan atau keupayaan anda untuk mematuhi Terma dan Syarat ini.
4.6 Kedudukan sebagai Pemegang Amanah (Akaun Kanak-kanak)
(a) Anda adalah ibu, bapa, atau penjaga sah yang dilantik di sisi undang-undang bagi pelanggan di bawah umur ("Minor"); dan
(b) Anda bersetuju untuk bertindak sebagai pemegang amanah kepada Kanak-kanak tersebut berkenaan dengan pembukaan, pengendalian, dan transaksi di bawah akaun kanak-kanak tersebut, dan akan bertanggungjawab sepenuhnya secara peribadi ke atas akaun berkenaan.
4.7 Pengakuan
Anda dengan ini mengesahkan dan bersetuju bahawa:
(a) semua maklumat yang diberikan adalah tepat, dan KGT berhak mengesahkannya dengan mana-mana pihak melalui sumber yang difikirkan sesuai; serta
(b) anda membenarkan pendedahan maklumat tertakluk kepada Fasal 27 (Pendedahan Maklumat Pelanggan dan Data Peribadi).
(c) KGT berhak mengantung, menghentikan dan menamatkan akaun pelanggan sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar dan sah serta melanggar terma dan syarat serta pengakuan dan jaminan yang telah diberikan pelanggan kepada KGT.
5. Pembelian Aset
5.1 Pelanggan boleh mula membuat pembelian produk di Platform e-D&D Safe selepas pengesahan dan pengaktifan akaun oleh pihak KGT.
5.2 Pelanggan yang membeli produk di Platform akan diberikan resit rasmi belian dengan keterangan belian seperti jenis produk, kuantiti, berat, ketulenan.
5.3 Semua aset yang telah dibeli pelanggan akan disimpan di peti keselamatan KGT bersama aset-aset pelanggan yang lain melalui kaedah strata aset.
5.4 Semua produk-produk yang disimpan di KGT adalah di jamin keselamatan oleh takaful
5.5 Pelanggan pada bila-bila masa, boleh mengakses Platform bagi memeriksa baki simpanan atau membuat apa-apa urusniaga berkaitan simpanan pelanggan.
5.6 Pelanggan hendaklah membaca semua penulisan yang berkaitan dengan jualan, prospektus atau dokumen tawaran yang lain serta Terma dan Syarat yang disediakan sebelum membuat pembelian.
5.7 Segala pembelian aset di platform ini adalah tertakluk kepada ketersediaan aset KGT untuk dijual berdasarkan fizikal emas dan perak yang sebenar.
5.8 Harga jualan dan belian adalah ditentukan oleh KGT dengan mengambil kira faktor-faktor yang relevan, pandangan dan prinsip-prinsip shariah termasuklah keadaan pasaran emas dunia dan tempatan, ekonomi dan matawang.
5.9 Pelanggan hendaklah memahami risiko-risiko dalam urusniaga emas dan perak sebelum membuat urusniaga:
(a) Risiko Pasaran: risiko perubahan harga pasaran emas dan perak adalah risiko biasa dalam urusniaga emas dan perak dunia. Pelanggan hendaklah mempunyai pengetahuan bagi menguruskan risiko tersebut dan mengetahui dengan lebih teliti implikasi terhadap urusniaga emas dan perak.
(b) Risiko Perubahan Undang-undang: Terdapat juga risiko-risiko lain seperti perubahan dalam peruntukkan undang-undang yang boleh memberi kesan baik/buruk kepada urusniaga emas dan perak.
(c) Risiko Force Majeure: Merujuk kepada risiko atas situasi luar jangka yang berterusan termasuk; bencana alam, peperangan, pandemik, kemalangan, banjir dan lain-lain.
6. Jualan Balik Aset
6.1 Pelanggan pada bila-bila masa, boleh mengemukakan permohonan jualan balik aset kepada KGT melalui platfrom dan aplikasi mobile.
6.2 Permohonan pelanggan akan diluluskan oleh KGT dalam 3-5 hari waktu perniagaan KGT.
6.3 Pelanggan boleh menjual keseluruhan aset di dalam akaun tanpa perlu meninggalkan baki minima di dalam akaun.
6.4 Jumlah aset yang dipohon untuk dijual balik kepada KGT akan ditahan sementara (earmarked) sebagai jaminan transaksi, sehingga pihak KGT selesai memproses dan mengkreditkan hasil jualan tersebut ke dalam akaun bank berdaftar pelanggan.
6.5 Pelanggan dibenarkan membatalkan permohonan Jualan Balik tersebut pada bila-bila masa, dengan syarat pembatalan dibuat sebelum permohonan itu diluluskan oleh pihak KGT. Sebaik sahaja pembatalan disahkan, kesemua aset yang ditahan akan dikembalikan serta-merta ke dalam baki simpanan pelanggan.
6.6 KGT akan membayar hasil jualan dengan mengkreditkannya terus ke dalam akaun bank pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari hingga lima (5) hari bekerja, tertakluk kepada kelulusan pihak bank pelanggan. Tempoh pemprosesan ini terpakai sekiranya transaksi penerimaan dan pengesahan jualan balik disempurnakan sebelum atau pada jam 4.30 petang pada hari dan waktu perniagaan KGT.
7. Penukaran Aset
7.1 Perkhidmatan penukaran di dalam platfrom adalah penukaran aset dirham kepada aset emas samada Dinar emas 917 atau emas 999.9 di dalam bentuk digital.
7.2 KGT berhak meminda kadar pertukaran dengan mengeluarkan notis di laman sesawang rasminya, sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa.
7.3 Penukaran aset Dirham kepada aset Emas/Dinar di dalam platform adalah tertakluk kepada kaedah dan kadar pertukaran yang ditetapkan di dalam Lampiran 2.
7.4 KGT berhak mengenakan sebarang caj yang berkaitan semasa proses penukaran aset dilaksanakan, sepertimana yang termaktub di dalam Lampiran.
8. Penukaran Aset kepada Barangan dan Perkhidmatan
8.1 Kemudahan Penukaran merupakan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan menukar aset Dinar dan Dirham kepada barangan atau perkhidmatan yang mempunyai nilai setara dengan jumlah simpanan pelanggan.
8.2 Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan penukaran ini melalui rangkaian Platform yang ditawarkan oleh Rakan Perkhidmatan KGT yang sah.
8.3 Penentuan Kadar: KGT mempunyai hak mutlak untuk menentukan dan meminda kadar pertukaran nilai Dinar dan Dirham dari semasa ke semasa.
8.4 Asas Nilaian: Semua proses penukaran akan dinilai dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM) sebelum transaksi dilaksanakan, dengan mematuhi sepenuhnya kehendak Syariah.
8.5 Caj Tukaran: Kadar penukaran tersebut adalah tertakluk kepada sebarang caj dan kos berkaitan, yang boleh dikenakan kepada pelanggan atas budi bicara mutlak KGT.
8.6 Penyelesaian Baki: Sekiranya nilai aset pelanggan tidak mencukupi, pelanggan dibenarkan menampung perbezaan baki harga barangan tersebut menggunakan kaedah tunai, kad, atau perbankan internet mengikut nilaian yang ditetapkan oleh KGT.
8.7 Penebusan Barangan: Pelanggan juga boleh melakukan penukaran barangan secara terus di premis Rakan Perkhidmatan KGT melalui kaedah pindahan bank atau imbasan Kod QR.
8.8 Caj-caj penebusan barangan: Harga barangan yang dipaparkan adalah tidak termasuk caj penghantaran, yang mana ia mungkin dikenakan secara berasingan oleh pihak Rakan Perkhidmatan KGT.
9. Penebusan/Pengeluaran Aset
9.1 Pelanggan boleh membuat pengeluaran fizikal produk daripada Platform melalui Ibu Pejabat KGT atau mana-mana Cawangan KGTBizPoint yang sah.
9.2 Pengeluaran produk adalah tertakluk kepada produk yang dipaparkan di platfrom mengikut lokasi pengambilan produk.
9.3 Pelanggan boleh mengemukakan permohonan pengeluaran melalui platform dengan memilih jenis produk, denominasi, serta lokasi pengambilan yang dipersetujui.
9.4 Platform akan memaparkan ringkasan butiran pengeluaran. Pelanggan bertanggungjawab untuk menyemak dan membuat pengesahan akhir ke atas maklumat tersebut.
9.5 Sekiranya pelanggan memilih untuk tidak hadir ke lokasi, kemudahan penghantaran produk melalui pos atau kurier boleh disediakan atas permintaan pelanggan.
9.6 Segala kos dan caj penghantaran (termasuk caj perlindungan Insurans/Takaful transit) yang berkaitan hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.
9.7 Risiko kehilangan, kerosakan, atau kelewatan ke atas produk yang dihantar adalah di bawah tanggungjawab pelanggan sepenuhnya, bermula dari detik produk diserahkan oleh KGT kepada pihak penyedia pos atau kurier, yang mana penyerahan tersebut dibuktikan melalui resit atau nota konsainan (consignment note) rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kurier.
9.8 Liabiliti KGT untuk menggantikan produk adalah terhad kepada jumlah pampasan yang diluluskan oleh pihak penyedia Insurans/Takaful. Sekiranya pelanggan memilih pelan perlindungan pada nilai yang lebih rendah daripada nilai sebenar produk (under-insurance), KGT hanya akan melepaskan pampasan setakat jumlah yang dilindungi dan dibayar oleh pihak Insurans/Takaful sahaja.
10. Pindahan Aset
10.1 Platform ini menyediakan kemudahan Pindahan Aset yang membolehkan pelanggan memindahkan aset mereka kepada pemegang akaun ednd yang lain.
10.2 Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan nombor akaun penerima dan nama pemegang akaun pindahan adalah tepat dan betul. KGT tidak akan menanggung sebarang liabiliti atau kerugian yang berpunca daripada kesilapan input (nombor akaun) oleh pelanggan.
10.3 Setiap transaksi pemindahan aset adalah tertakluk kepada pengesahan keselamatan melalui Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang dihantar ke nombor telefon bimbit pelanggan yang berdaftar dengan KGT atau no PIN keselamatan pelanggan.
10.4 Setelah pemindahan disahkan berjaya, baki simpanan pelanggan akan dikemas kini secara automatik oleh sistem dan rekod transaksi akan dipaparkan untuk rujukan pelanggan.
10.5 Pelanggan dibenarkan untuk memindahkan kesemua aset simpanan mereka sehingga baki akaun menjadi sifar (0).
10.6 Sekiranya pelanggan mengesan sebarang aktiviti pindahan aset yang tidak dibenarkan atau mencurigakan, pelanggan hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada KGT dengan kadar segera untuk tindakan keselamatan.
11. Perkhidmatan Simpanan
11.1 Pengurusan dan Penyimpanan Aset
(a) Kaedah Penyimpanan (Simpanan Strata)
Semua aset pelanggan (Dinar, Dirham, dan Jongkong Emas) akan disimpan secara kolektif di dalam kemudahan simpanan selamat yang diuruskan oleh pihak Syarikat ("Simpanan Strata"). Bagi tujuan operasi, aset emas pelanggan tidak diasingkan secara fizikal bagi setiap individu.
(b) Hak Milik dan Rekod Akaun
Walaupun aset disimpan secara kolektif, pihak Syarikat menjamin bahawa:
- Hak milik mutlak ke atas berat emas yang dibeli adalah kekal milik pelanggan sepenuhnya.
- Rekod pegangan setiap pelanggan akan dikemaskini secara berasingan dan terperinci di dalam sistem akaun pelanggan bagi menunjukkan jumlah berat emas yang dimiliki.
(c) Sandaran Aset (Full Backing)
Pihak Syarikat bertanggungjawab memastikan jumlah emas fizikal yang terdapat di dalam Simpanan Strata adalah sentiasa sepadan atau melebihi jumlah keseluruhan tuntutan pegangan emas oleh semua pelanggan pada setiap masa (sistem sandaran penuh atau fully backed).
11.2 KGT bertindak selaku Penyedia Perkhidmatan Peti Keselamatan yang bertanggungjawab menyimpan produk emas dan perak milik pelanggan dalam keadaan selamat.
11.3 Pelanggan boleh melantik KGT untuk bertindak sebagai ejen bagi pihak pelanggan untuk menguruskan perkhidmatan penyimpanan produk emas dan perak dengan pihak ketiga (Penyedia Perkhidmatan Peti Keselamatan).
11.4 Sejajar dengan peranan KGT sebagai ejen atau penyedia, KGT tidak akan menanggung sebarang liabiliti, kerugian, kos, atau perbelanjaan yang timbul akibat daripada insiden di luar kawalan KGT (force majeure) atau kecuaian pihak ketiga (Penyedia Perkhidmatan Peti Keselamatan).
11.5 Tanggungjawab (liabiliti) KGT kepada pelanggan adalah terhad secara eksklusif kepada kecuaian yang terbukti dilakukan oleh KGT sendiri dalam melaksanakan tugasnya sebagai ejen atau penyedia perkhidmatan, tertakluk kepada had pampasan yang ditetapkan dalam dokumen ini.
LAMPIRAN 1 — PRODUK EMAS BAGI PENGELUARAN PRODUK
| BIL | JENIS PRODUK | DENOMINASI |
|---|---|---|
| 1 | DINAR 917 | 1 DINAR |
| ½ DINAR | ||
| 2 | DIRHAM | 2 Dirham |
| 5 Dirham | ||
| 10 Dirham | ||
| 3 | EMAS 999.9 | 0.5 gram syiling emas |
| 1.0 gram syiling emas | ||
| 5 gram syiling emas | ||
| 10 gram syiling emas | ||
| 1 gram wafer |
LAMPIRAN 2 — PENUKARAN ASET
| BIL | PERKHIDMATAN | KADAR PERTUKARAN ATAU CAJ PERKHIDMATAN |
|---|---|---|
| 1 |
CAJ PERTUKARAN FIZIKAL KEPADA EDND DINAR/EMAS 999.9 FIZIKAL → E-DINAR/E-GOLD DIRHAM FIZIKAL → E-DIRHAM (MINIMUM 5 DIRHAM) |
RM 2.20 PER GRAM RM 1.20 PER DIRHAM RM10 bagi setiap 100 Dirham (Sekiranya pelanggan ingin membuat pertukaran sebanyak 101 unit, Caj akan dikenakan ialah RM101.20) |
PENGIRAAN PENUKARAN PRODUK
**DIRHAM AKAN DIAMBIL DENGAN (HARGA SEMASA DIRHAM FIZIKAL – 20%)
CONTOH:
HARGA DIRHAM SEMASA -20%: RM 65.51 - 20% = RM52.41
PENUKARAN PRODUK 1 DINAR (HARGA SEMASA RM 2946)
CONTOH:
HARGA DINAR RM 2946 / RM52.41 = 56 DIRHAM
>
>
>